5 days 4 nights
Daily Tour
Unlimited
___
Greece! Greece! Greece! ✈️🏛️
Pakej Athens – Delphi – Kalambaka (5 Hari / 4 Malam)
Tahu ke pasal dewa-dewi Yunani? Socrates ? Jom kita terjah Athens, Delphi dan Kalambaka dalam pakej percutian 5 hari 4 malam ni. Rasai sendiri pengalaman di Acropolis yang berusia lebih 2,500 tahun (fuh!), di mana Parthenon yang ikonik menjadi saksi bisu kepada kebangkitan dan kejatuhan empayar Yunani. Kita akan singgah di tapak arkeologi Delphi (dulu port orang tanya ramalan masa depan pada Oracle Delphi, kononnya boleh predict result nombor ekor…tapi sekarang tak payah, sebab masa depan korang dah cerah dengan percutian ni!), yang pernah menjadi pusat dunia bagi masyarakat Yunani purba. Dan jangan lupa, kita akan kagumi keindahan Meteora yang memukau (sampai ternganga tengok biara atas batu yang dibina sejak abad ke-14! Macam mana diorang angkut batu bata naik atas tu eh?). Biara-biara ini dibina di puncak-puncak batu yang curam untuk berlindung daripada serangan musuh pada zaman Byzantine. Kiranya, percutian ni bukan setakat jalan-jalan, tapi belajar sejarah jugak!

🛬 Sampai je di Athens, wakil PivTravel akan sambut korang macam selebriti! Pilihan hotel termasuk Brown Acropol Hotel 4⭐, Skylark Aluma Hotel 4⭐, Athens Tiare Hotel 4⭐ atau yang setaraf. Lepas tu, bolehlah rehat atau terus terjah bandar Athens, tempat lahirnya demokrasi!

🏛️ Hari ni kita jelajah Acropolis, di mana Parthenon yang ikonik berdiri megah sejak abad ke-5 SM! Lepas tu, jom ke Muzium Acropolis Baru, tengok artifak-artifak purba (tapi jangan cuba bawak balik tau!). Petang tu kita pusing-pusing bandar Athens, tengok tempat-tempat happening macam Plaka (old town yang berusia lebih 3,500 tahun!), Monastiraki (flea market yang meriah), dan Parlimen (tempat ahli politik Greece berbahas!). 🛍️ Petang tu free and easy, nak shopping ke, nak cari jodoh ke, ikut suka hati!

🚌 Hari ni kita mulakan perjalanan ke Delphi dan Kalambaka. Sepanjang perjalanan, kita akan lalu Thebes (tempat Oedipus Rex, hero mitologi Yunani!), Levadia dan Arachova. Sampai di Delphi, kita akan lawat tapak arkeologinya, termasuk Kuil Apollo (tempat dewa Apollo lepak dulu!). Malam tu kita bermalam di Kalambaka.

🌄 Jom terokai Meteora! Kagum dengan biara-biara bersejarah yang dibina atas batu-batu tinggi (macam mana diorang buat eh?). Tahukah anda, biara-biara ini dibina sejak zaman Byzantine untuk berlindung daripada serangan musuh. Petang nanti kita balik semula ke Athens.

😭 Dah sampai masa untuk balik Malaysia. Lepas check-out hotel, kita akan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. ✈️
Pakej ni dah lengkap semua! Dari penginapan, sarapan pagi, pengangkutan, lawatan ke tempat-tempat menarik, sampai lah pemandu pelancong, semua dah tersedia. Tinggal pack baju je! 🧳
Makan tengah hari dan makan malam tak termasuk dalam pakej. Tapi jangan risau, pemandu pelancong boleh cadangkan tempat makan best-best! 😋
Ya, ada cukai bandar hotel sebanyak €10 (lebih kurang RM48) setiap bilik setiap malam untuk hotel 4 bintang.
Minimum dua orang. 👫 Kalau travel solo, boleh cuba tengok pakej lain yang kami tawarkan.
Pemandu pelancong kami fasih berbahasa Inggeris.
Insurans perjalanan tak termasuk. Kami sarankan ambil insurans perjalanan sendiri untuk lebih perlindungan.
Ya, ada! Anda boleh tambah lawatan ke Cape Sounion untuk tengok Kuil Poseidon dan pemandangan Laut Aegean yang cantik. 🌊 Atau, boleh juga join pelayaran satu hari ke 3 pulau iaitu Hydra, Poros, dan Aegina. ⛴️ Kalau minat sejarah dan seni, boleh lawat muzium-muzium di Athens. 🏛️ Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
| # | Discount group | From adult | To adult | Value |
|---|---|---|---|---|
| 1 | 5-15 pax. | 5 | 15 | 5% |
Leave a review